Minggu, 01 Mei 2011

IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY !

Assalamualaikum ^_^
bighandesign

Ape kabo sume? Harap2 korang sihat memanjang sempena Hari Pekerja ni. Sape yang kena keje ari ni? olo2... Cian nye dia..hahaha..

Sempena Hari Pekerja yang indah, aku nak join la giveaway anjuran Cik Yan kita ni. First time join giveaway ni der.. Neves la jugak.. hihihi... Ape? Korang ingat hottest macam aku tak logik ke join giveaway? huh!  Aku nak balas dendam sebab tak sempat join giveaway Cik Yuyu Zulaikha ari tu..wooooo (sedih) Aku kenal Cik Yan pon dalam belog Cik Yuyu Zulaikha jugak sebab kitorang ni pengomen tegar belog tersebut.. (unsur mengampu mula dikesan) 

Jadi aku nak menyeru para blogger supaya kita sama2 memeriahkan lagi giveaway ni. Hadiah pon memang mengasyikkan. Kalau nak tahu, klik je banner Cik Yan yang anggun kat atas tu. Blogger tegar yang aku nak tag:
  • Adam Haiqal
  • Kucing Sakit

p/s : Thanks Cik Yan sebab sudi ajak join giveaway ni (ampu lagi) -.-

Sabtu, 30 April 2011

Kena Denda RM 50 000? Demmm!!!

Assalamualaikum ^_^

portalprasksaa.blogspot.com
Mane la nak cari RM 50k ni. Salah aku jugak. Kawan2 pesan dulu tak nak dengar. Adoiii! Nak bagitahu kat mak bapak aku, kang tak pasal2 masuk hospital orang tua tu. Kalau tak bayar denda, masuk penjara 2 tahun. Lagi naya. Entah ape nasib aku kat dalam tu. Arghhhhh!!!!


Agaknya ayat kat atas tu la yang bermain di benak fikiran orang yang kena denda sampai 50k kan? Hahahahah!!! Kalau korang ingat aku yang kena denda tu, sorry! Mesti korang dah bersorak keriangan sambil karaoke kalau aku yang kena denda 50k kan? Macam la aku tak tahu... -.-


Ni haaa.. Aku nak tunjuk ni sebenarnya...


Alhamdulillah. Perniagaan aku telah selamat didaftarkan. Lepas ni dah tak payah risau2 lagi. Korang tahu tak, walaupun kita buat bisnes internet/part time, kena daftar jugak tau. Kalau tak daftar, dendanya adalah RM50 ribu atau penjara tak lebih 2 tahun.. Best ke macam tu.. Shoooot! Mintak jauh.. 


Aku ingat kalau tak daftar, tak jadi masalah. Yelah, blogshop je kan, bukan ada kedai pon. Lepas aku baca satu artikel yang mengatakan dalam 2 tahun lepas saje, 400 orang individu yang menjalankan perniagaan menerusi internet dan tidak berdaftar dengan SSM masuk mahkamah. Perghh, ramai tu. Lepas aku baca, langsung tak boleh tido malam. Runsing la konon nye.. Keesokan harinya, aku terus daftar ngan SSM. Settle! Boleh buat bisnes dengan hati yang girang...hehehe...


Kepada yang tak daftar perniagaan lagi tu, lakukan sekarang! Tak kira la korang buat bisnes coklat ke, baju ke, atau design blog. Bukan mahal pon. Sanggup ke nak bayar denda sampai 50 ribu? Membazir..hehehe


p/s : Jom singgah ke Gift Shop saya... Ada promosi Hari Ibu!!!


Thanks for reading babe!!! *kiss*kiss*kiss*

Jumat, 29 April 2011

Aku Benci Blog Korang!

Assalamualaikum ^_^



ronalfy.com
Pertama sekali, aku nak mintak maaf kalau tajuk entri ni menyebabkan ada yang terkecil perasaan mahupun berbesar hati. Tajuk kena kasi gempak der bru ada orang nak tengok isi. kan kan kan... Jangan marah2 ok. Chill lah!  *ampun*ampun*ampun*


Nak la jugak berkongsi perasaan dengan korang mase aku jalan2 baca entri blog2 di Malaysia ni. Aku bukan la blogger tersohor mahupun terkenal. Berenang dalam dunia blog pon baru lagi. Sekadar nak berkongsi. Sharing is caring kan? Tak gitu??? hehehe... Bila aku fikir2 balik dari akal umbi, berikut adalah antara masalah2 yang menimpa blog korang dan adakah korang sedar masalah ini?  Tolong renung renungkan sejenak...


1. Blog teramat berat.
Punca utamanya adalah gadget yang bersepah. Bagi yang guna berukband broadband, tak ke naya nak loading. Line kejap ok, kejap kO. Kalau nak test saiz blog korang, klik SINI.


2. Captcha.
Orang macam aku ni, takpelah. 4 kali isi captcha pon takde hal lagi.(penyabar) hehe..Kalau yang buta rabun ayam tu, tak ke naya. Perasaan tengah berbunga bunga nak komen entri korang yang best tu, tiba2 kena isi borang captcha. Terus hilang mood. Tak pasal2 korang dah hilang customer... Cara nak diasble captcha : Blogger dashboard>settings>comments>show word verification (tanda kat No)...Ops, terbuat tutorial pulak!...hahaha.


3. Autoplay Music.
Korang ingat orang2 muda je ke jadi blogger ni? Veteran pon ada tau..Kalau korang pasang muzik winter sonata takpe..Kalau lagu heavy metal, tak ke masuk hospital tingkat 6 orang tua tu. hahaha...


4. Comment Box.
Setting la biar jadi pop up comment box. Senang skit orang nak komen. Tak payah kena tunggu loading blog tu balik. Jimat masa.. Tutorial pop up comment box: Blogger dashboard>settings>comments>Comment Form Placement (tanda kat pop-up window).. Terbuat tutorial skali lagi...


Tu je aku nak membebel. Kalau korang tak nak ikut pon takpe. Tiada unsur berbaur paksaan dalam entri ni. Untuk keselesaan aku dan korang jugak. hahaha...Sekali lagi aku nak mintak maaf kalau tajuk atau isi kandungan entri ni memakan perasaan korang.(emo ending)


Thanks for reading!  *hug*hug*

Kamis, 28 April 2011

EKSLUSIF : 5 Blog Terbaik!

Assalamualaikum ^_^


Pada malam2 Jumaat yang hangat membara ni, aku nak buat kerja amal skit. 5 blog yang paling best dibaca di Malaysia akan di review secara ekslusif oleh aku. Haaa... Bukan calang2 blog ye sebab aku yang pilih ni. Bukan korang..huahuahua... Ada la sebab musabab nye nape aku pilih 5 blog ni, bukan blog korang..huahuahua skali lagi. Jangan marah Kak Limah, gura2 je... Ehem2, 5 blog yang paling seronak dibaca di Malaysia adalah :-


1. Yuyu Zulaikha (kupukupukecik.blogspot.com)


Pheewiittt! Eh, sori2.. Tengok header pon dah comel. Belum tengok tuan punya blog lagi.Hehe..(tengok ke luar tingkap sambil bayangkan tengah pegang tangan tok kadi dalam masjid). Best nye bace blog Cik Yuyu ni adalah mase korang tengah stress akibat dimarahi oleh bos akibat perbuatan korang ketawa terbahak bahak dalam ofis selepas baca status fesbuk boyfren/girlfren. Perghh..Panjang gila explaination. Kesimpulannya, cara penulisan Yuyu yang selamba dan tak kontrol ayu menyebabkan aku suka terjah blog dia. Hebakk!!!

2. Ben Ashaari (benashaari.com)

Sape tak kenal Ben Ashaari ni cepat PM aku. Meh aku tarik bulu kening. Kalau bab2 buat segmen, abang Ben kita ni memang rajin. Sebab tu la follower berbelas ribu.  Korang? Aku? Hampeh...hahaha..Kena belajar ngan abang Ben lepas ni. Boleh kan abang Ben? hihihi... 

3. Cik LengLeng (lululalalengleng.blogspot.com)

 Ljiujnanfjfuirul...Perghh.. Berbelit lidah ni nak sebut. Lulu Lala Leng Leng. Macam gitu haaa..Hehe. Yang aku suka skali pasal blog Cik Lulu bila dia buat photoshop tutorial. Memang bagus dia ni. X lokek ilmu. Aku pon banyak belajar dari dia sampai la aku jadi profesional sekarang ni. Terbaik!!!


4. Whitey Mommy (whiteymommy.blogspot.com)

Ye. Mommy tu ibu la. Ape? Korang ingat aku tak baca ke blog ibu2? Tolong skit.. Aku bukan anak derhaka ok. Haha.. -.- Nama owner blog ni Kak Sha. Kak Sha ni buat bisnes blog design, header, doll.. Stuff like that. Memang comel wa cakap Kak Sha design. Tak caye korang boleh singgah sekarang. Opps..Baca la sampai habis dulu entri aku ni. Kak Sha jugak banyak bagi nasihat kat aku pasal perniagaan ni. Sweet orang nye. Tutorial pon banyak kat sana. Doll untuk blog AHM COLLECTION tu Kak Sha la yang design. Hensem wa cakap der. Kalau koranga rasa blog korang tu hodoh kurang menjolok mata, boleh tempah design ngan Whitey Mommy. Terbaekk!!!


5. Ayeem Ayam (ayeemayam.com)


Serius! Kalau korang bawah umo atau ibu mengandung, jangan pandai2 nak singgah blog Ayeem ni. Sebab ape? Sebab dia ni salah gunakan teknologi..hehehe..Gurau je Ayeem. Header blog Ayeem ni canggih la sangat. Yang paling lucah, korang boleh tarik seluar yang dia pakai tu pastu campak jauh2 dan tengok ape isi kandungan di sebalik seluar tu.(rujuk gambar header) Kalau tak caye, boleh cuba sendiri. Jangat buat banyak2 kali, tak pasal2 tak leh tido malam2..hahaha...Ayeem jugak pakar dalam design banner ngan header blog canggih2. Kalau korang nak header yang boleh gerak2, serah pada Ayeem. Banner AHM COLLECTION yang beruang tergedik2 tu pon Ayeem buatkan. Memang best!


Phewww..Penat review 5 blog 1 malam.. ._. Tu je 5 blog yang paling aku suka terkam. Blog korang pon aku suka jugak. Jangan salah paham. hehehe...Sape2 yang nakjoin bloglist aku, boleh isi borang sekarang. Pendaftaran boleh dibuat di semua balai polis berdekatan. Harap maklum...
Sorry Grace T_T


p/s : Blog mane yang korang paling suka baca entri diorang? Cecite cecite...